SEKRETARIAT:AULA Sunan Geseng Jl.Brigjend Katamso IV/03 Kediri Jatim. Phone (0354)683667 e-mail :dzikrurohmah@yahoo.com http://dzikrurrohmah.blogspot.com

BAROKAHAN BULAN MUHARAM 1432 H

Tampilkan postingan dengan label MAULID NABI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MAULID NABI. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Februari 2009

AMALIAH BULAN MAULUD

Sudah menjadi agenda rutin Majelis Dzikrurrohmah Sunan Geseng Kediri, setiap bulan maulid mengadakan amaliah selama 40 malam. Amaliah ini sudah dimulai sejak kemarin taggal 1 R.Awal 1930 H.


Amaliah ini dilaksanakan setiap hari mulai jam:00.00 wib dengan mengamalkan amaliah Dzikrurrohmah plus Sholawat 1000x selama 40 malam. Dan pada hari ke 41 di barokahi dengan khataman amaliah dengan mengundang para ulama dan umara, umat masyarakat luas untuk ikut menyaksikan sekaligus berbagi barokah bersama.

Amaliah ini dilakukan semata karena Allah, Mahabbah Allah, Mahabbah Rosululloh, Mahabbah para kekasih Allah dan Mahabbah seluruh Umat Ciptaan Allah.
Semoga semua menjadi amal ibadah yang haq, barokah di Ridhoi Allah Dunia Akhirat.

Haqqullah - Rohmatullah - Ridho Allah

Baca Selanjutnya.....

PEMBACAAN SYAIR & LAGU-LAGU DALAM MAULID NABI


PEMBACAAN SYAIR & LAGU-LAGU DALAM MAULID NABI


Telah kita ketahui bersama, bahwa menurut riwayat Aisya bahwa Nabi saw, telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,
"Biarkan mereka menyanyi karena untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih].


Didalam kitab Madarij al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahwa Nabi saw, memberi izin untuk menyanyi pada hari perkawinan dan membenarkan syair dipersembahkan untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata," Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup."

Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawaha telah membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad saw semasa baginda memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau. Rasulullah saw juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama mana beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda . Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian sampai 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isha selalu membaca syair memuji baginda saw dan beliau amat menyenanginya."

Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi saw:
Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku hanya seorang yang telah hilang segala derai rasa, Aku tidak akan berhenti daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal didalam syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih' yang daripadanya aku mengharapkan syafaat Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku kearah itu.

Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda

Pada zaman Nabi saw, terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah saw amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadits riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah saw bersabda,

"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu Paman Nabi saw al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi saw seperti didalam rangkap berikut:

Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hingga nyaris penuh bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran karena sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah]

Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid hal.5 dan didalam kitab Ibnu Katsir, Maulid hal.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fathul al-Bari.
Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahwa Nabi saw memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al - Muttalib!"

Rasulullah saw sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda karena ia merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi saw, kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru karena mendekati Nabi saw akan membuatkan Allah redha kepada kita.


Menyanyi dan Membaca al-Quran


Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim didalam kitabnya, " Allah memberikan izin kepada Nabi saw agar membaca al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi saw sedang mendengar bacaan beliau . Setelah beliau selesai mengaji, Nabi saw mengucapkan tahniah kepada beliau karena bacaan beliau yang begitu merdu dan baginda bersabda," Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda saw bersabda lagi bahwa Abu Musa al-Ash'ari telah dikaruniai Allah 'Mizmar' (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku niscaya aku akan membaca dengan suara yang lebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi."

Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi saw bersabda ,
" Hiasilah al-Quran dengan suara kamu," dan
"Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami."

Ibnu Qayyim pula memberikan komentar, "Untuk menyukai suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyukai pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam semesta ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana tidak melanggar batas-batas shari'a. Jika mendengar suara yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan tadi.

Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik

Seorang Muhaddits, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut didalam kitabnya, Beliau memulakan dengan sebuah hadits," Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulang dari medan peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah bernazar jika sekiranya, Allah mendatangkan engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendang disebelah mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah nazar mu." Hadits ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad.

Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahwa main gendang merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk memenuhi nazarnya. Ini adalah karena baginda niat wanita itu adalah untuk meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan waktu. Oleh karena itu, jika kita meryakan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, maka diterma dan dibenarkan.

Nabi saw merayakan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]

Nabi saw telah bersabda didalam hadits mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda saw juga membesarkan hari Juma'at kerana pada hari itu menurut baginda," Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)." Ini bermakna, hari Juma'at dimuliakan karena ia merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan karena ia merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan? Nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah menjadikan aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan air." Hadits ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan juga merupakan hadits yang hasan lagi sahih.

Wallahu A'lam
Haqqullah - Rahmatullah - Ridho Allah
Wassalam

Baca Selanjutnya.....

Kamis, 26 Februari 2009

PENTINGNYA PERINGATAN MAULID




Segala puji dan puji hanya bagi Allah, Tuhan semua umat seluruh alam raya, dan sholawat serta salam semoga tetap bagi Nabi dan RasulNya Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat dan seluruh umat alam semesta.

Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya atau 'Id yiaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti MAULID NABI MUHAMMAD bukan merupakan satu kewajiban tetapi sangat di anjurkan. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulid Nabi dan ia menjadi fokus perdebatan dan perpecahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, dari dalam maupun dari luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan tersebut. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehingga kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103).
Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka, karena ia telah diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenarnya, tetapi sebaliknya mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab kita semua untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja untuk menaikkan rasa syak atau keragu-raguan dan was-was kepada perkara-perkara yang sengaja mereka timbulkan, agar umat yang telah bersatu dalam keyakinan dan keimanan menjadi kontroversi, berselih dan berpecah belah dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'ah, syirik dan kufur!


Membesarkan MAULID NABI samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) adalah simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menulis didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),
"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda Muhammad saw dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira bahkan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda Muhammad saw, kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Oleh karena itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatkan persoalan khilaf (perbedaan pendapat para ulama') saja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insya Allah, saya akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulid Nabi yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga bisa menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut MAULIDUNNABI saw adalah dianjurkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madhi' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga disunnahkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara se Ummah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Merayakan MAULIDUNNABI saw bukan saja pada tanggal 12 Rabi'ul al-Awwal tetapi juga patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan pancaran Nur muhammad didalam hati-hati mereka.

3. Majelis Peringatan MAULID NABI saw merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'i, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah saw dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta senantiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati anak-anak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut MAULID NABI saw adalah diterima oleh syar'i, ialah Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah saw. Allah telah berfirman kepada Rasulullah saw untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan bagi Rasulullah saw.

Sambutan MAULID NABI saw merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw, perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran,
"Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

Tahap kecintaan kepada Rasulullah saw, merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seorang mukmin dan mukmin yang lain. Dalam sebuah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw, telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya."

Dalam sebuah hadist lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah saw bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu lebih cintai kepadaku, daripada diri kamu sendiri."

Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah saw dan para Malaikat senantiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi,
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman bersholawatlah kamu keatasnya". Ayat ini saja bisa menjadi bukti bahwa kualitas iman seseorang itu bergantung kepada cintanya kepada Nabi Muhammad saw, dan dizahirkan melalui sholawat kepada Nabi saw. Ya Allah! Limpahkanlah sholawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat semua.

Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari Kelahiran Baginda

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahwa Rasulullah saw, kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul."

Dari Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda saw dilahirkan sebagai bukti, banyak hadits dan sejarah yang menerangkan bahwa, malam Rasulullah saw dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadits termasuklah gemuruh yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu katsir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Pada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1,hl. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk memperbanyak bersyukur kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal karena Allah swt telah mengaruniakan kepada kita nikmat yang besar yaitu diutusNya Nabi saw untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah saw dan baginda bersabda,
"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak".

Hadits-Hadits ini merupakan riwayat 'shakhihnya' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Shahih nya, Rasulullah saw bersabda, "Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah saw mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadits.

Ini bermakna, Rasulullah saw telah melahirkan dan meng-exposikan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah saw sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin tata cara penyambutannya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi intisari sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama bersholawat kepada Nabi saw, ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut.

Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w)


Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah saw kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).
Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah saw sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam semesta.' (Al-Anbiya':107)

Kerana Rasulullah saw diutus sebagai rahmat untuk semua alam, kegembiraan menyambut kelahiran baginda Rasul tidaklah pada umat Muslim saja, bahkan seluruh umat alam semesta, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. mengapa pada masa sekarang,orang muslim ramai menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA?.

Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah

Nabi saw, biasanya menghubung kaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ,
"Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan karena peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukur kepada Allah atas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadits ini merupakan hadits yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.

Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"

Memperingati kelahiran Rasulullah saw akan membuatkan hati kita tergerak untuk bersholawat atas Nabi saw dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56).

Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi saw akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta bersholawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita karena mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur.
Itu pula dapat dilaksanakan dalam keadaan berjama'ah atau perkumpulan : Allah dan MalaikatNya bersholawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali kalau ada yang menyatakan bahwa sholawat atas Nabi saw hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir

Apabila seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut MAULIDUNNABI saw,atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat manfaatnya. Hal ini dinyatakan didalam shahih Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahwa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad saw.
Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari, dan Ibnu Kattir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: hal. 124, Mawlid al-Nabi hal. 21 dan al-Bidaya hal.272-273. Seorang hafizd (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Maulid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk dihentikan dari siksa kubur setiap hari Isnin karena bergembira dengan kelahiran Ahmad, juga pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih banyak lagi pahalanya - penterjemah]

Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik

Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada merayakan hari kelahiran baginda, yaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan ridha pada kita, karena kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kekhilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.

Haqqullah - Rahmatullah - Ridho Allah.
Wassalam..........


Baca Selanjutnya.....

BERITA TERBARU


BLOG KELUARGA

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Kang Anwar 2009

Back to TOP